suria

Mel B Mahu Spice Girls Bergabung Semula

kali terakhir Spice Girls mengadakan persembahan bersama pada tahun 2012.
kali terakhir Spice Girls mengadakan persembahan bersama pada tahun 2012.

PENYANYI dan bekas anggota Spice Girls iaitu Mel B berharap kumpulan itu akan bergabung semula pada masa hadapan walaupun mereka telah berpecah.

Daily Mail melaporkan, Mel B berharap perkara itu akan terjadi dan berharap mereka akan lebih kerap mengadakan persembahan selepas ini.

"Jujurnya hanya saya seorang yang sentiasa mahu Spice Girls kembali bergabung kerana tidak mahu ia berakhir begitu sahaja," katanya.

Jelas Mel B, walaupun dia kini telah mempunyai kariernya sendiri namun dia masih berharap dapat bersama empat ahli lain iaitu Mel C, Victoria Beckham, Geri Halliwell dan Emma Bunton merakamkan album terbaharu dan mengadakan persembahan untuk peminat mereka.

"Ia tidak mustahil cuma memerlukan persetujuan daripada semua ahli dan ia mungkin akan terjadi suatu hari nanti," ujarnya.

Kali terakhir mereka mengadakan persembahan bersama pada tahun 2012 pada Sukan Olimpik yang diadakan di London.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain