suria

Nora Ariffin Terbit Video Album 'Mari Menyanyi bersama Ummi'

Dari kiri Johan Nawawi, Ahmad Izham Omar dan Nora ketika pelancaran video album Mari Menyanyi Bersama Ummi, pada Sabtu.
Dari kiri Johan Nawawi, Ahmad Izham Omar dan Nora ketika pelancaran video album Mari Menyanyi Bersama Ummi, pada Sabtu.
Dari kiri Johan Nawawi, Ahmad Izham Omar dan Nora ketika pelancaran video album Mari Menyanyi Bersama Ummi, pada Sabtu.

SHAH ALAM: Setelah mendapat sambutan menggalakkan terhadap siri animasi Ummi... Ceritalah Pada Kami (UCPK), penyanyi Nora Ariffin di bawah produksi miliknya Hud Hud Media pada Sabtu melancarkan sebuah video album kesinambungan siri animasi tersebut berjudul Mari Menyanyi Bersama Ummi.

Nora atau nama sebenarnya Wan Norafizah Ariffin, berkata, video album ini bukan hanya sekadar hiburan malah mengandungi sesi pengajaran dan pembelajaran untuk golongan sasaran iaitu ibu-bapa dan kanak-kanak.

"Alhamdulillah, masyarakat dapat menerima konsep yang kami tonjolkan iaitu belajar sambil berhibur. Ini baru peringkat permulaan dan saya akan terus aktif menerbitkan produk yang lebih menarik dan bermanfaat serta lagu-lagu yang menghiburkan,

"Saya percaya konsep belajar sambil berhibur ini merupakan paling mudah untuk kanak-kanak mendekati topik-topik pembelajaran dan ia pasti mendapat sambutan memberangsangkan," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran video album Mari Menyanyi Bersama Ummi, di Pusat Konvensyen Shah Alam, di sini, Sabtu.

Tambah Nora, album tersebut diterbitkan bagi memenuhi permintaan yang tinggi daripada peminat khususnya kanak-kanak dan seisi keluarga.

"Projek ini bermula sejak tahun 2010 dan disiarkan di TV3 bermula 2012 sepanjang bulan Ramadan dan berjaya menghasilkan sebanyak 12 buah muzik video menyanyi bersama.

"UCPK juga baharu sahaja dilancarkan di Dubai dalam acara Mycontent dan akan dipasarkan di negara tersebut," katanya.

Majlis pelancaran dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Hadir sama suami Nora iaitu Johan Nawawi.

Video album Mari Menyanyi Bersama Ummi akan berada di pasaran mulai Disember depan dan dijual dengan harga RM29.90.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain