suria

Apichatphong Weeraserhkul Dipilih Sebagai Duta Tropfest Asia

Weerasethakul turut bertindak sebagai panel penilai terhadap semua filem pendek yang tercalon bersama pengasas Tropfest, John Polson.
Weerasethakul turut bertindak sebagai panel penilai terhadap semua filem pendek yang tercalon bersama pengasas Tropfest, John Polson.
Weerasethakul turut bertindak sebagai panel penilai terhadap semua filem pendek yang tercalon bersama pengasas Tropfest, John Polson.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Thailand, Apichatpong Weeraserhkul diumumkan sebagai duta Tropfest Asia Tenggara (Tropfest Sea), festival filem pendek edisi Asia Tenggara yang akan diadakan pada 25 Januari 2014 di George Town, Pulau Pinang.

Pengarah Urusan Tropfest SEA, Joe Sidek berkata Weerasethakul turut menjadi panel penilai terhadap semua filem pendek yang tercalon bersama pengasas Tropfest, John Polson.

"Kita bertuah kerana mendapat kerjasama daripada pengarah filem terkenal Weeraserhkul dan menyokong festival ini.

"Perjalanan beliau sebagai pembikin filem bebas dan pernah memenangi tempat pertama di Festival Filem Cannes ke 63 lalu," ujarnya pada sidang media mengumumkan duta Tropfest Sea, di Majestic Hotel, di sini, Jumaat.

Sementara itu, Weerasethakul berkata, pemilihannya sebagai duta festival ini merupakan satu penghormatan terhadapnya sebagai anak seni.

"Saya berterima kasih dan gembira kerana diberi penghormatan ini dan saya sentiasa menyokong apa sahaja yang membina industri perfileman di Asia.

"Saya juga akan berkongsi pengalaman dengan pembikin filem baharu yang mahu berjinak-jinak dalam industri ini," katanya.

Festival filem pendek, Tropfest SEA, ini dijangka menarik 10,000 termasuk 2,250 pelancong dari Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina.

Pertandingan filem pendek adalah terbuka kepada warga Asia Tenggara dan penyertaan terbaik akan menerima USD10,000(RM31,700) dan percutian ke Los Angeles, Amerika Syarikat, yang ditaja oleh Persatuan Motion Picture.

Artikel Berikut

Artikel Lain