suria

Penceroboh Rumah Rihanna Ditangkap

PENCEROBOH rumah penyanyi Rihanna pada Jumaat lalu berjaya ditahan pihak polis di bawah akta pecah rumah seperti dilaporkan TMZ.COM.

Sumber penguatkuasaan undang-undang negara tersebut memberitahu penceroboh adalah seorang lelaki berusia 27 tahun dan mendakwa dia dan Rihanna adalah kawan baik.

Lelaki itu cuba menconteng dinding rumah penyanyi tersebut di Los Angeles pada kira-kira pukul 11 pagi Jumaat lalu.

Pihak keselamatan penyanyi tersebut telah menghubungi 911 dan penceroboh berjaya dikesan pada satu kilometer dari rumah itu.

Bagaimanapun, Rihanna tidak berada di rumah semasa kejadian berlaku.

Artikel Berikut

Artikel Lain