suria

Produksi 'Mencintaimu' Bawa Makanan Ke Korea

Barisan pelakon dan krew produksi bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Kamaruddin Siaraf semasa majlis pelancaran drama 'Mencintaimu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto AZHAR ARIF.
Barisan pelakon dan krew produksi bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Kamaruddin Siaraf semasa majlis pelancaran drama 'Mencintaimu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto AZHAR ARIF.
Barisan pelakon dan krew produksi bergambar kenangan bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Kamaruddin Siaraf semasa majlis pelancaran drama 'Mencintaimu' di Kuala Lumpur baru-baru ini. Foto AZHAR ARIF.

PETALING JAYA: Syarikat produksi drama bersiri Mencintaimu yang menjalani penggambaran di Korea Selatan terpaksa bergantung kepada bekalan makanan yang di bawa dari Malaysia sepanjang berada di negara itu.

Pengarah drama tersebut, Azizi Chunk Adnan berkata, mereka terpaksa berbuat demikian ekoran kesukaran mencari makanan halal di Korea.

"Sebelum berangkat ke sana kami sudah tahu situasi di Korea yang sukar untuk mencari makanan halal dan setelah berbincang kami membawa pelbagai bekalan sebagai juadah kami di sana.

"Malah penerbit kami iaitu Raja Alawiah turut memasak pelbagai hidangan sebelum disejukbekukan sebagai bekalan sepanjang berada di Korea," katanya kepada mStar Online.

Mencintaimu bakal disiarkan menerusi slot Selekta Prima bermula Khamis ini, pukul 9 malam di TV2.

Pelakon yang terlibat dalam drama ini adalah Beego, Intan Ladyana, Faralyna Idris, Linda Hashim, Azhar Sulaiman, Amar Baharin, Amran Ismail, Raja Ema, Wan Nor Azlin dan Mustafa Kamal.

Dalam pada itu, Azizi berkata, faktor cuaca di Korea juga turut menjadi cabaran kepada semua krew dan pelakon yang ada kalanya mencecah negatif lima darjah Celsius sehingga menyebabkan mereka sukar bekerja.

Bagaimanapun kata Azizi, dia kagum dengan semua semangat para pelakon dan krew yang bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan proses penggambaran tersebut walaupun terpaksa menempuh pelbagai halangan.

"Cuaca memang sejuk tetapi semangat semua pelakon dan krew telah membuatkan kami berjaya mengharungi semua cabaran dan saya sangat kagumi mereka semua," katanya.

Mencintaimu mengisahkan tentang cinta tiga segi antara dua sahabat Natasya (Faralyna) dan Maria (Intan Ladyana) demi memenangi cinta dari Johan (Beego).

Maria mengalah demi persahabatan mereka. Namun cinta yang di semai antara Johan dan Natasya tidak kesampaian kerana mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa bakal pengantin perempuannya ketika mereka berada di Malaysia.

Dalam pada itu, Azizi berkata, ilham untuk menjadikan Korea sebagai latar drama berkenaan adalah daripada Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia iaitu Datuk Seri Kamaruddin Siaraf.

Malah kata Azizi, dia bersama penerbit dan penulis skrip telah terlebih dahulu membuat tinjauan di Korea bagi mengenal pasti lokasi strategik dan menarik untuk drama berkenaan.

Pembikinan drama tersebut turut mendapat sokongan daripada Seoul Film Commission, Korea Tourism Organization dan Film Line selaku koordinator sepanjang penggambaran di negara itu.

Sementara itu juga, sebuah lagu tema berjudul Mencintaimu ciptaan Ajai telah digubah khas dan telah dinyanyikan oleh Suki.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain