suria

Eva Mendes Lancar Pakaian Wanita Jenama Sendiri

Eva Mendes
Eva Mendes
Eva Mendes

PELAKON Eva Mendes melancarkan koleksi rangkaian pakaian wanita miliknya di New York, Amerika Syarikat.

Katanya, ia adalah satu cabaran buatnya dalam industri fesyen.

"Cabaran utama adalah menjadikan wanita tampil cantik dengan koleksi pakaian saya," katanya seperti dipetik huffingtonpost.com.

Pelakon itu kelihatan menyerlah dengan pakaian rekaannya pada malam majlis pelancaran tersebut.

Dia berkata, tidak sabar untuk menerima maklum balas daripada pelanggan.

"Saya sangat serius dengan bidang fesyen ini dan tidak sabar untuk menerima pandangan wanita di luar sana, saya harap tidak mengecewakan mereka," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain