suria

Mayat Ditemui Dalam Rumah Olivia Newton-John

Olivia tidak berada dirumah ketika kejadian seorang lelaki tidak dikenali membunuh diri dalam kediamannya.
Olivia tidak berada dirumah ketika kejadian seorang lelaki tidak dikenali membunuh diri dalam kediamannya.
Olivia tidak berada dirumah ketika kejadian seorang lelaki tidak dikenali membunuh diri dalam kediamannya.

SEORANG lelaki yang dipercayai membunuh diri telah ditemui mati di dalam rumah penyanyi terkenal, Olivia Newton-John di Florida, Amerika Syarikat pada Selasa lalu.

Jurucakap polis memberitahu ABC News punca kematian lelaki berusia 42 tahun itu disebabkan kesan tembakan pada bahagian dada dan pihaknya telah mengarahkan satu bedah siasat dilakukan bagi mengenal pasti punca kematiannya.

"Pihak polis hanya akan mendedahkan identiti dan butiran lanjut mengenai kejadian selepas mayat dibedah siasat," katanya.

Pihaknya bagaimanapun mengesahkan lelaki berkenaan tidak mempunyai hubungan dengan Olivia atau suaminya, John Easterling dan pasangan itu tidak berada di rumah ketika kejadian.

Dalam perkembangan sama, sumber memberitahu, Olivia dan suaminya sudah tidak tinggal di kediaman itu sejak beberapa bulan lalu dan rumah mewah berkenaan dalam proses untuk dijual.

Menurut sumber itu lagi, beberapa pekerja binaan yang sedang melakukan kerja-kerja pengubahsuaian di kawasan berdekatan pernah melihat kelibat seorang lelaki sedang menangis sebelum penemuan mayat di dalam rumah penyanyi itu.

Sementara itu, Olivia menerusi jurucakapnya memberitahu, dia dan suaminya amat terkejut dengan kejadian tersebut dan meminta pihak polis menyiasat kejadian berkenaan.

Dalam pada itu, pelawak dan pengacara Rosie O'Donnell dilaporkan sedang dalam proses pembelian rumah berkenaan yang dijual pada harga USD$5.6 juta (RM16 juta).

Selain Olivia, pemain golf Tiger Woods dan penyanyi Kid Rock juga mempunyai hartanah di kawasan yang dikenali sebagai ‘Jupiter Inlet Coloney’ yang mempunyai 360 penduduk dan 240 buah rumah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain