suria

Payudara Mariah Carey Hampir Terdedah Depan Peminat

Pembantu Mariah pantas membantu membetulkan zip gaunnya yang terbuka ketika muncul pada program Good Morning America (GMA) Jumaat lalu.

PENYANYI terkenal Mariah Carey hampir mengalami situasi memalukan apabila zip gaun rekaan Donatella Versace yang dipakai terbuka dan hampir mendedahkan payudaranya dihadapan peminat.

Ketika kejadian, Mariah, 43, sedang berbual dengan hos program Good Morning America (GMA) yang disiarkan secara langsung pada Jumaat lalu dan menyedari zip baju tersebut terbuka.

Bagaimanapun Mariah dengan pantas meletakkan tangannya pada bahagian dada agar payudaranya tidak terdedah.

"Saya sayangkan anda Donatella (Versace) tapi ia terbuka, sayang," katanya secara spontan ketika kejadian itu berlaku.

Tindakan pantas daripada pembantunya telah menyelamatkan keadaan tersebut.

Mariah muncul pada program berkenaan untuk menjayakan konsert mini GMA bagi mempromosikan single terbaharunya berjudul #Beautiful duet bersama Miguel.

Pada acara itu, Mariah turut menyampaikan tiga buah lagu untuk peminat yang hadir ke konsert berkenaan iaitu Always Be My Baby, We Belong Together dan #Beautiful.

Artikel Sebelum

Artikel Lain