suria

Steven Spielberg Pilih Pengarah 'The Hobbit'

Steven Spielberg
Steven Spielberg
Steven Spielberg

SUTRADARA filem Lincoln iaitu Steven Spielberg tidak akan berehat apabila filem tersebut mendapat pujian besar selepas dicalonkan antara lima filem terbaik pada anugerah Oscar baru-baru ini.

Lelaki berusia 66 tahun itu akan terus memulakan penggambaran filem sekuel The Advantures of Tintin.

Seperti dipetik The Times of India, Spelberg selaku produser bagi filem itu akan memberi tanggungjawab mengarah kepada Peter Jackson iaitu pengarah filem The Hobbit.

"Kami berharap filem itu akan keluar pada hari Natal 2015," katanya.

Penggambaran dijangka dimulakan selepas Peter Jackson selesai tugasnya dalam sekuel The Hobbit.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain