suria

John Travolta Terima Dua Anugerah Hebat Dalam Seminggu

John Travolta (kiri) menerima anugerah Donostia Award daripada rakan pelakon Benicio del Toro pada Festival Filem Antarabangsa San Sebastian ke-60, Ahad lalu.

SAN SEBASTIAN (SEPANYOL): Aktor veteran John Travolta menerima anugerah tertinggi pencapaian sepanjang hayat pada Festival Filem San Sebastian di sini, baru-baru ini.

Anugerah tersebut merupakan pengiktirafan kedua untuk pencapaian yang sama diterimanya dalam tempoh seminggu.

Terdahulu pelakon itu dianugerahkan trofi yang serupa pada Festival Filem Zurich di Switzerland, pada Khamis lalu.

Pada majlis itu, dia menerima anugerah berprestij yang dinamakan Anugerah Donostia (Donostia Award) itu daripada rakan pelakonnya dalam filem Savages, Benicio del Toro.

“Terlalu banyak tenaga dihabiskan untuk menidakkan kejayaan orang lain selama ini. Jadi, jika ada yang datang kepada saya dan mengucapkan tahniah, saya menerimanya dengan besar hati,” katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain