Fizz Fairuz Beli Banglo, Kondo Untuk Elak Diri Melarat - Hiburan | mStar

Fizz Fairuz Beli Banglo, Kondo Untuk Elak Diri Melarat

Fizz Fairuz
Fizz Fairuz

KUALA LUMPUR: Pelakon Fizz Fairuz mampu menjadi contoh kepada sebilangan artis baru di negara ini apabila berjaya memiliki rumah bernilai jutaan ringgit yang dibeli menggunakan wangnya sendiri sebagai pelakon supaya hidupnya tidak melarat pada hari tua.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 33, berkata, disebabkan mengambil masa kira-kira 10 tahun untuk bergelar artis popular, dia sudah bersedia untuk memiliki harta sendiri sebagai persediaan hari tua.

“Syukurlah saya tidak lupa diri apabila mendapat peluang yang banyak selepas 10 tahun bergelar artis. Kesusahan yang saya lalui sedikit masa dahulu mengajar saya untuk berjimat selain mengumpul aset selagi boleh,” katanya kepada mStar Online.

Anak kelahiran Raub, Pahang ini berkata, dia bersyukur rezekinya sebagai pelakon filem dam drama membolehkannya membeli sebuah kondominium yang terletak di Mont Kiara, Damansara di sini serta sebuah lagi rumah banglo yang sedang dalam pembikinan di Bukit Beruntung, Rawang.

Menurutnya, walaupun terpaksa mengeluarkan wang yang agak banyak setiap bulan bagi membayar rumah berkenaan tetapi dia terpaksa “ikat perut” semata-mata untuk memastikan tidak mengalami kesusahan pada kemudian hari.

“Semasa tengah “laku” dan orang nak ambil saya bekerja, masa inilah saya gunakan betul-betul peluang untuk mengumpul harta. Sebab itulah saya terpaksa bekerja kuat untuk membayar segala hutang saya itu.

“Pada saya, biarlah saya susah dahulu kerana kesenangannya kita akan dapat kemudian,” jelas pemenang Pelakon TV Lelaki Terbaik, Anugerah Bintang Popular 2011 ini.

Fizz turut memberitahu, pada mulanya pihak bank agak sukar untuk memberikannya pinjaman atas kapasiti kedudukannya sebagai artis yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Bagaimanapun dia mampu meyakinkan mereka apabila menerima pendapatan bulanan yang konsisten hasil tugasnya sebagai pelakon.

Tambah Fizz, dia yakin rezeki dalam bidang seni akan terbuka luas sekiranya seseorang itu berusaha dengan gigih selain iklan untuk bekerja bagi menyara kehidupan.

“Saya tak macam artis lain yang naik secara mendadak. Sebab itulah saya benar-benar jaga diri saya apabila berada pada tahap sekarang. Saya juga percaya suatu hari nanti, orang akan lupakan saya juga,” katanya.

Terkini Fizz tampil sebagai wanita menerusi filem terbaru terbitan KRU Studio iaitu Mat Tudung.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain