suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Antonio Banderas & Mallika Sherawat Menari Mesra

Mallika dan Antonio Banderas mesra menari bersama. Foto-Dailymail
Mallika dan Antonio Banderas mesra menari bersama. Foto-Dailymail
Mallika dan Antonio Banderas mesra menari bersama. Foto-Dailymail

WALAUPUN perhubungan Antonio Banderas dan isterinya Melanie Griffith berada di ambang perpisahan, video mesra Antonio yang sedang menari bersama pelakon Bollywood, Mallika Sherawat pula tersebar.

Difahamkan, video tersebut diambil selepas Festival Filem Cannes pada Mei lalu yang memperlihatkan mereka sedang berparti di sebuah kapal peribadi milik jutawan Microsoft, Paul Allen.

Menurut sumber, aksi tarian Mallika dan pelakon berusia 51 tahun itu agak panas di hadapan beberapa rakan-rakan terdekat yang lain.

"Antonio terpikat dengan kejelitaan serta kehebatan Mallika menari. Antonio turut merangkul pinggang Mallika dengan aksi yang panas.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seorang wanita muncul dan menolak Mallika menyebabkan pendandan rambut pelakon Bollywood tersebut iaitu Ivan Bitton, terus menariknya turun ke tingkat bawah," kata sumber itu kepada Dailymail.

Tarian mesra antara Mallika dan Antonio mengundang persoalan adakah mereka mempunyai hubungan yang istimewa, manakala identiti wanita yang menolak Mallika itu turut dipersoalkan. Ia mungkin ia ada kaitan dengan Antonio.

Artikel Lain