Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem - Hiburan | mStar

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem

Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU
Ahmad Izham Omar(kedua dari kiri) bertukar dokumen denganAhmad Idham Ahmad Nadzri(kedua dari kanan) pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures. Foto SIA HONG KIAU

PETALING JAYA: Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.

"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.

"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.

Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.

"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.

"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.

"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.

Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.

"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.

"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain