suria

Lady Gaga Mahu Anak Sendiri Tahun Depan

Lady Gaga
Lady Gaga
Lady Gaga

LONDON: Penyanyi Lady Gaga yang belum berkahwin dilaporkan berhasrat untuk hidup berkeluarga bersama kekasihnya aktor Taylor Kinney apabila dia memiliki anak sendiri pada tahun depan.

“Dia (Gaga) mula menyenaraikan beberapa nama bayi di atas kertas. Dia mula berimaginasi tentang wajah anak mereka nanti memandangkan Taylor seorang yang sungguh kacak.

“Dia mahu berkongsi segala-galanya dengan Taylor iaitu cinta, perkahwinan dan sebuah keluarga.

"Dia telah bersedia untuk menjadi ibu dan kerap menyuarakan hasratnya untuk melahirkan anak dalam masa setahun ini,” kata satu sumber yang dipetik laman web contactmusic.com.

Pasangan kekasih itu dikatakan baru sahaja pulang dari kediaman keluarga Kinney di Lancaster, Pennsylvania bagi berkongsi berita tersebut.

Dalam pada itu, makcik kepada Kinney berkata: “Memang tidak syak lagi, mereka saling mencintai antara satu sama lain. Kini, kami sudah menemui dia (Gaga) dan kami juga menyayangi dia! Mereka adalah pasangan yang sempurna.

“Saya berbangga kerana dapat bersua dengan dirinya yang sebenar di sebalik solekan dan pakaian. Dia seorang yang rendah diri dan bijak berkomunikasi. Dia ringkas, manis, normal dan sihat.” - IANS

Artikel Lain