Cher Mahu Bikin Konsert Untuk Peminat - Hiburan | mStar

Cher Mahu Bikin Konsert Untuk Peminat

Cher.
Cher.

SEBELUM ini penyanyi yang terkenal dengan lagu Believe, Cher pernah memberitahu enggan lagi mengadakan konsert untuk peminatnya.

Bagaimanapun keputusannya itu tidak bertahan lama apabila dia dilaporkan sedang mempersiapkan diri bagi mengadakan sebuah konsert khas untuk mereka yang merindui aksinya di atas pentas.

Malah peminat penyanyi itu tidak perlu menunggu lama kerana konsert itu bakal diadakan dalam tahun ini dan Cher sendiri telah mengesahkan mengenai perkara tersebut.

"Saya teruja untuk kembali ke pentas setelah melihat set pentas untuk konsert itu lagi," ujarnya menerusi laman Twitter miliknya.

Dalam satu pesanan, Cher memberitahu konsert itu akan diadakan pada awal September tahun ini.

Artikel Sebelum

Trilogi The Lord Of The Rings Kembali Di TV2

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain