suria

Oscars Bakal Perkenal Sistem Undian Elektronik

Anugerah Oscars bakal berlangsung pada 26 Februari depan.
Anugerah Oscars bakal berlangsung pada 26 Februari depan.
Anugerah Oscars bakal berlangsung pada 26 Februari depan.

LOS ANGELES: Penganjur Anugerah Academy (Oscars) berkata pada Rabu, mereka akan memperkenalkan sistem undian elektronik bagi memilih para pemenang bermula tahun depan sebagai satu pembaharuan kepada anugerah berprestij itu.

Selaku penganjur, The Academy of Motion Picture Arts and Sciences (AMPAS) berkata pihaknya telah memeterai perjanjian pembelian sistem tersebut daripada sebuah firma yang mempunyai senarai pelanggan termasuklah Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) dan Kementerian Kehakiman Britain.

“Ini (sistem undian elektronik) adalah salah satu daripada langkah yang akan kami ambil bagi meningkatkan sistem undian yang lebih selamat dan bersesuaian, bermula pada tahun depan.

“Kami sangat teruja kerana dapat bekerjasama dengan rakan niaga yang arif dan mahir dalam pembangunan sistem ini,” kata Ketua Pegawai Operasi Academy Ric Robertson.

Pihak Academy yang mengumumkan senarai akhir pencalonan anugerah berkenaan pada Selasa mempunyai hampir 6,000 pengundi yang terdiri daripada penggiat industri filem, berbanding sistem pengundian Golden Globes yang terdiri daripada 80 wartawan asing.

Firma perakaunan PwC masih kekal sebagai badan yang bertanggungjawab menguruskan sistem perkiraan undian anugerah tersebut.

“Firma perakaunan Academy iaitu PwC yang bertanggungjawab dalam menyelia perkiraan setiap undi akan terus kekal sebagai badan yang mengira undian para juri.

“Bermula pada tahun depan, pihak Academy akan menjalankan sistem keselamatan yang lebih rapi dan proses ujian penerimaan pengguna,” katanya.

Academy dilihat kerap mengubahsuai peraturan-peraturan berkaitan penjurian anugerah itu daripada masa ke semasa.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mereka telah menambah jumlah calon akhir bagi kategori Filem Terbaik daripada lima kepada 10.

Pada tahun ini, mereka memperkenalkan sistem penjurian yang lebih fleksibel dengan menyenaraikan hanya sembilan calon filem sahaja bagi merebut kategori itu.

“Kami berbesar hati kerana diberi kepercayaan oleh AMPAS untuk memperkenalkan sistem undian elektronik untuk Oscars bermula pada tahun depan,” kata ketua Everyone Counts Inc, Lori Steele.

Anugerah yang akan berlangsung pada 26 Februari depan ini menyaksikan filem 3D arahan Martin Scorsese Hugo dan filem bisu The Artist mengungguli senarai calon. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain