suria

Johnny Depp & Vanessa Paradis Berpisah

Johnny Depp dan kekasihnya, Vanessa Paradis. - Foto REUTERS
Johnny Depp dan kekasihnya, Vanessa Paradis. - Foto REUTERS
Johnny Depp dan kekasihnya, Vanessa Paradis. - Foto REUTERS

NEW YORK: Aktor Johnny Depp dilaporkan sudah berpisah dengan kekasihnya, Vanessa Paradis.

Depp mula bercinta dengan penyanyi Perancis itu sejak 1998. Mereka yang menetap di bahagian selatan Perancis mempunyai dua anak Lily-Rose, 12, dan Jack yang berusia sembilan tahun.

Menurut laporan People.com, pencapaian luar biasa aktor itu dalam bidang lakonan telah menimbulkan ketegangan pada rumah tangga mereka sehingga dipercayai mereka tinggal berasingan.

“Sepanjang tempoh tujuh tahun yang diambil Vanessa untuk mengeluarkan beberapa album dan filem, Depp juga sibuk dengan watak Captain Jack Sparrow (bagi filem francais filem Pirates of the Caribbean sehingga merenggangkan mereka,” kata satu sumber. - IANS

Artikel Lain