‘The Secret Life of Nora’ Kekalkan Budaya Malaysia - Hiburan | mStar

‘The Secret Life of Nora’ Kekalkan Budaya Malaysia

Antara tenaga kreatif yang bakal menjayakan teater The Secret Life of Nora di Istana Budaya pada 29 September hingga 16 Oktober depan. - Foto JEWEL dari Enfiniti
Antara tenaga kreatif yang bakal menjayakan teater The Secret Life of Nora di Istana Budaya pada 29 September hingga 16 Oktober depan. - Foto JEWEL dari Enfiniti

PETALING JAYA: Biarpun teater muzikal The Secret Life of Nora menggunakan khidmat tenaga kreatif daripada luar negara, namun budaya Malaysia masih dikekalkan dalam teater yang akan dipentaskan bermula 29 September hingga 16 Oktober depan di Istana Budaya.

Menurut penulis skrip teater tersebut, Raymond Miranda, walaupun teater ini diarahkan oleh Steven Dexter yang berasal dari United Kingdom, England, namun tidak bermakna mereka tidak mampu untuk menampilkan budaya negara ini.

“Kami akan menerapkan konsep bercirikan budaya Malaysia menerusi latar masa era tahun 1960-an, latar pentas, kostum, lagu-lagu dan tarian.

“Kami juga memilih untuk menghasilkan teater ini menggunakan dwibahasa iaitu 60 peratus dalam Bahasa Malaysia manakala 40 peratus lagi dalam Bahasa Inggeris,” katanya dalam sidang media memperkenalkan tenaga kreatif teater tersebut di pejabat Enfiniti Vision Media, di Kota Damansara, di sini, Jumaat.

Jelasnya lagi, penggunaan dwibahasa itu dianggap sebagai salah satu strategi untuk membawa pementasan teater yang diinspirasikan daripada filem Nora Zain- Agen Wanita 001 ini ke peringkat antarabangsa sekali gus menyeimbangkan kehendak penonton Melayu di negara ini.

“Kami akan menggunakan muzik asli gabungan lagu popular barat dan tempatan daripada era dan genre berbeza. Teater ini juga dijangka akan menjadi kolaborasi terbesar dalam muzikal di negara ini.

“Namun begitu, saya masih berhadapan dengan beberapa cabaran seperti menghasilkan cerita dari cerita asal dan bagaimana hendak mencantikkan ayat yang terkandung dalam penceritaan itu,” ujarnya lagi yang turut menganggap teater ini mempunyai kolaborasi, skala dan cabaran yang lebih besar daripada dua teater yang diterbitkan oleh syarikat itu iaitu Puteri Gunung Ledang dan P. Ramlee The Musical.

Selain Raymond dan Steven, teater terbitan penerbit eksekutif Datin Seri Tiara Jacquelina ini turut dijayakan oleh Chedd Eddie Yusoff (pembantu pengarah) San Weng onn sebagai komposer, Jerome Kugan (penulis lirik), Alfian Sa’at (penulis lirik bahasa Melayu).

Turut serta adalah Roslan Aziz (pengarah muzik), Pat Ibrahim (koreografer), Francis O’Connor (pereka set), Raja Maliq (perunding set), Moe Kasim (pereka kostum), Nick Richings (pereka pencahayaan), Ken Freeman (jurutera bunyi) dan Melissa Teoh (pengurus produksi).

“Tiara sangat berani untuk mengambil risiko dalam teater ini apabila menampilkan sebahagian daripada tenaga kreatif produksi yang merupakan muka baru dalam industri seni tempatan,” tambah Raymond lagi.

Teater ini berlatarkan Pulau Pinang di era 1960-an berkisar tentang seorang penyanyi kabaret yang jelita bernama Nora.

Selain gemar bersuka-ria dan bersikap keanak-anakan, Nora juga memiliki sebuah panggung teater yang dihadiahkan oleh bapanya.

Tanpa diketahui, Nora sebenarnya mewarisi perniagaan iaitu mengeksport barangan ke luar secara haram yang ditinggalkan oleh bapanya.

Ketika hampir dipenjarakan atas kesalahan itu, Nora bagaimanapun diberi peluang kedua oleh pihak berkuasa untuk menebus kesalahannya.

Dia perlu menjalani latihan sebagai seorang perisik untuk menyusup masuk ke salah satu rangkaian penyeludupan manusia terbesar.

Akhirnya, Nora terpaksa menyelamatkan nyawa sendiri dan semua gadis diseludup itu.

Dia turut terperangkap dalam dilema di antara lelaki yang dicintainya dan rahsia yang perlu disimpan kemas.

Penonton boleh mendapatkan diskaun harga tiket sebanyak 20 peratus pada 17, 18 dan 19 Jun ini, pukul 8.30 pagi di kaunter tiket Istana Budaya. Tiket dijual pada harga bermula RM30 hingga RM350.

Artikel Sebelum

Yuni Shara Dilamar Raffi Di Jepun?

Artikel Berikut

Britney Spears Bertunang Dalam Diam

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain

Bapa Wan Azizah meninggal dunia