suria

Kate Winslet Putus Cinta

BINTANG Revolutionary Road, Kate Winslet mengakui terpaksa memutuskan hubungan cintanya dengan model kacak, Louis Dowler selepas menjalinkan hubungan sejak empat bulan lalu.

Dia mengambil keputusan tersebut kerana ingin menumpukan perhatian sepenuhnya kepada kerjaya dan anak-anak hasil perkahwian terdahulu.

Perkara tersebut diberitahu Kate kepada MailOnline bahawa dia berkawan dengan Louis kerana ingin mengubati hatinya yang luka akibat penceraian sebelum ini.

Selepas tempoh empat bulan mereka akhirnya memutuskan untuk berpisah kerana menyedari hubungan tersebut tidak mampu pergi jauh.

“Mereka benar-benar menjalani hidup sebagai pasangan kekasih. Namun hubungan tersebut mendapat tentangan banyak pihak kerana lelaki tersebut jauh lebih muda daripada Kate,” ujar sumber.

Bagaimanapun menurut sumber tersebut, Kate berterima kasih kepada Louise kerana berjaya menyembuhkan luka hatinya.

Kate mempunyai seorang anak lelaki bernama Joe berusia enam tahun dari pernikahannya dengan Sam dan seorang puteri bernama Mia berumur 10 tahun dari hasil perkongsian hidup dengan pengarah Jim Threapleton.

Ramai rakan-rakan terdekat aktres ini kecewa dengan perpisahan tersebut. Malah sebelum ini mereka telah membuat pertaruhan bahawa pasangan ini akan segera berumah tangga.

“Hubungan pasangan ini sangat bahagia, malah kami tidak pernah melihat Kate sebahagia ini. Louis membuatnya sentiasa ceria,” kata sumber.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain