suria

Kate Hudson Percaya Tentang Cinta

- Foto AFP
- Foto AFP
- Foto AFP

PELAKON Kate Hudson (gambar) menegaskan, kegagalan perkahwinan dengan Chris Robinson tidak menghalangnya daripada bercinta lagi.

Hudson ketika ini sedang bercinta dengan vokalis kumpulan Muse, Matt Bellamy.

"Perceraian tidak mematahkan semangat saya. Saya akan tunggu dan lihat. Saya fikir ramai yang gagal dalam percintaan takut untuk bercinta lagi dan mengelakkan diri mereka daripada bercinta," katanya kepada media.

Hudson berkata, dia memang mempercayai percintaan.

"Saya percaya bahawa apabila anda benar-benar bersedia untuk bercinta, ia adalah perkara yang paling indah," tambahnya.

Hudson mempunyai seorang anak lelaki, Ryder, 6, hasil perkongsian hidup dengan Robinson. Pasangan itu bercerai pada 2007.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain