suria

"Making His Band" Rancangan Terbaru Di 8TV

PROGRAM realiti baru, Making His Band akan ditayangkan secara eksklusif di 8TV, bermula pada hari Ahad, 29 Ogos 2010, pukul 10 malam ini.

Dalam Making His Band, Sean "Diddy" Combs (gambar) menjelajah ke serata tempat untuk mencari penyanyi, pemain dram, pemain guitar dan pemain keyboard yang berbakat untuk menyertainya di atas pentas sebagai suara latar dan pemain muzik dalam konsert jelajahnya, Last Train To Paris.

Diddy bukan sahaja seorang penyanyi rap tetapi juga pelakon, penerbit, serta pereka fesyen. Dia juga merupakan Juara Grammy Award sebanyak tiga kali.

Menurut Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim, Making His Band merupakan satu realiti televisyen yang baru.

"Ahli muzik muda dengan bakat semula jadi, penari jalanan dan setiap peserta menonjolkan skil unik masing-masing untuk mencapai peluang sekali seumur hidup. Semua ahli keluarga boleh terhibur dangan menonton rancangan ini," ujarnya.

Saksikan segala gelagat dan hiburan dalam proses pencarian peserta dalam uji bakat yang sukar dan penuh drama ini. Ia bakal melahirkan bakat-bakat baru dan menjadikan kumpulan ini sebagai kumpulan pelapis Bad Boy.

Dalam pemilihan ini, Diddy dibantu oleh koreografer terkenal Laurie Ann Gibson, penerbit dan penulis lirik Om’Mas Keith, pencipta lagu Rob Lewis, pengarah muzik Nisan Stewart, dan bekas guru vokal kepada Michael Jackson, Romeo.

Ia kelihatan mudah, tapi jangan terpedaya! Peserta yang berjaya dalam pusingan do-or-die perlu berdepan dengan komen para juri yang pedas, tugas yang tiada kesudahan dan kritikan untuk membuktikan yang mereka mempunyai bakat dan cita-cita untuk berjaya.

Ini adalah kerana segala tangisan, drama dan tekanan setiap peserta akan mendorong mereka mencapai impian dan berkongsi pentas bersama peneraju hip-hop yang terkenal.

Saksikan 10 episod bersama Diddy dan panel juri mencari bakat baru dan memberi mereka peluang untuk memburu impian dalam Making His Band.

Saksikan bagaimana Diddy menghangatkan rancangan ini secara eksklusif di 8TV.

8TV juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708. Anda juga boleh menonton program-program menarik di 8TV dengan melayari mobile.8tv.com.my hanya dengan menggunakan telefon bimbit anda atau layari laman sesawang rasmi 8TV www.8tv.com.my.

Artikel Berikut

Akma AF3 Berpisah Cara Baik

Artikel Lain