suria

The 5 Mengaku Sukar Bertapak Di Negara Sendiri

Bony (tenggah) kini tidak lagi bersama The Lima
Bony (tenggah) kini tidak lagi bersama The Lima
Bony (tenggah) kini tidak lagi bersama The Lima

JUARA Program realiti televisyen Gangstar, The Lima atau kini dikenali sebagai The 5 mengakui sukar untuk bertapak di negaranya sendiri Indonesia.

Mereka yang kini baru keluar dengan album terbaru berjudul Victory memberitahu bakal menjual album kedua mereka di pasaran negara itu tidak lama lagi.

"Kami lahir dari program realiti di Malaysia, ramai yang mengenali kami di Malaysia, Singapura dan Brunai berbanding di negara Indonesia.

"Di sana juga terlalu banyak persaingannya, ramai artis-artis baru yang muncul. Namun yang membezakan kami dengan artis lain ialah genre muzik kami.

"Indonesia kurang genre muzik yang rancak sambil menari, mereka kebanyakannya senang dengan lagu-lagu pop balada. Insya-Allah selepas album dan lagu kami di siarkan mereka akan lebih sedar kewujudan kami," jelas Taura.

Bagaimanapun, The 5 yang kini hanya berdua iaitu Taura dan Arif bersyukur masih diterima lagi di Malaysia dan sering mendapat tawaran persembahan.

"Dari sudut lain kami sangat bersyukur, biarpun tidak lagi dikenali di sana, kami masih diterima untuk persembahan di sini. Ramai juga artis di sana yang ingin masuk ke pasaran Malaysia tapi masih belum berpeluang," jelasnya.

Ketika ditanya tentang penyingkiran Bony, Taura memberitahu mereka masih berkawan baik dengan Bony sehingga kini.

"Tidak ada sebarang pertelingkahan antara kami bertiga, keputusan ini diambil kerana Bonie tidak boleh memberi komitmen sepenuhnya untuk The 5.

"Bony mempunyai alasan tersendiri untuk tidak menyertai kami lagi, namun sehingga kini kami masih lagi baik seperti sahabat. Dia mamilih untuk terus bekerja dengan sebuah bank di Indonesia," ujarnya.

Namun begitu desas-desus menyatakan Bony telah menandatangani kontrak bersama KRU, mereka tidak mengetahu tentang perkara itu.

"Saya ada terdengar tapi saya tidak tahu secara rasminya dari Bony. Jika kami berbual kami tidak pernah berbicara tentang hal tersebut.

"Perkara itu adalah hak dia, jadi tidak baik jika kami ingin campur tangan dalam urusan masa depan dia," jelasnya yang baru sahaja selesai menjayakan konsert Digi Tour di seluruh Malaysia.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain