suria

Tingkatkan Kualiti Industri Filem, Bukan Pertikai Kredibiliti

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim (dua, kiri) dan isteri Datin Seri Maznah Rais (kiri) duduk di pelamin perkahwinan masyarakat Baba Nyonya sambil meminum teh pada satu upacara adat tersebut ketika melawat Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur, hari ini. Terdapat pelbagai aktiviti dan jualan yang disertai oleh pengusaha kraf, perunding perkahwinan, katering dan jurufoto perkahwinan bermula 24 Julai lepas hingga 2 Ogos ini. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Penggiat seni seharusnya berusaha meningkatkan kualiti industri perfileman tanah air dan bukannya mempersoal kredibiliti individu tertentu bagi memegang jawatan Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata beliau belum membuat sebarang keputusan mengenai siapa yang akan menggantikan Mohd Mayhiddin Mustakim sebagai Ketua Pengarah selepas kontrak dua penggal (empat tahun) beliau tamat akhir bulan ini.

Desas-desus mengatakan pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzri akan menduduki kerusi Ketua Pengarah itu sehingga ia menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pihak.

"Saya pun belum buat apa-apa keputusan, itu hanya spekulasi menerusi media, saya minta sabar dan tunggu, kerana di bawah undang-undang Akta Finas, penentuan Ketua Pengarah akan dibuat mengikut masanya.

"Yang penting adalah kualiti industri perfileman bukan siapa nak jadi Ketua Pengarah atau siapa nak ganti siapa, ini bukan isunya, saya yakin ini tidak jadi isu sama sekali," katanya dalam sidang media Promosi Kerja Kahwin 2010 di Kompleks Kraf di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai spekulasi itu yang timbul setelah Ahmad Idham dan seorang lagi penggiat filem, David Teoh dilantik menganggotai Lembaga Pengarah Finas, yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan beberapa pihak.

Ia termasuk Persatuan Penerbit Filem Malaysia yang baru-baru ini mengadakan sidang akhbar membantah pelantikan tersebut dengan alasan Ahmad Idham dan David masih aktif mengarah serta menerbitkan filem, dan ini boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan kepada rakan seperjuangan mereka.

Sementara itu, Rais turut merakamkan penghargaan dan tahniah kepada pasukan Malaysia yang mengungguli beberapa kategori utama pertandingan Worldstar of Performing Arts (Worldstar) di Hollywood, Los Angeles yang berakhir semalam.

"Ini harus membanggakan industri seni kita, kita akan terima kepulangan mereka dengan penuh gembira dan ucap tahniah, kita juga akan ambil satu bab yang khas bagi kita memberi penghormatan kepada peserta," katanya.

Dalam Worldstar yang berlangsung dari 17 hingga 25 Julai itu, pencapaian delegasi negara begitu membanggakan apabila menang dalam 41 pertandingan daripada 47 penyertaan dan membawa pulang 18 pingat emas, 17 perak dan enam gangsa. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain