suria

Kemesraan Jolie Benar Atau Lakonan?

Pasangan sensasi Hollywood Brad Pitt (kiri) dan Angelina Jolie hadir pada majlis tayangan perdana filem Salt di California, Isnin. - Foto REUTERS

KEINTIMAN pasangan Hollywood terkenal, Brad Pitt dan Angelina Jolie atau 'Brangelina' yang tidak ubah seperti belangkas ketika menghadiri acara karpet merah bersempena majlis tayangan perdana filem terbaru Jolie, Salt, Isnin telah menarik perhatian orang ramai.

Malah, Pitt dilihat tidak berenggang sedikit pun dan memegang erat tangan kekasihnya itu.

Air muka Jolie yang hadir dengan persalinan gaun mini juga dilihat menggenggam tangan aktor itu bagaikan pasangan kekasih remaja yang sedang 'mabuk cinta'.

"Saya ingin lakukan segala-galanya bersama dia (Pitt)," kata Jolie yang dipetik The Daily Star.

Pasangan itu turut menyangkal segala spekulasi dan khabar angin yang mendakwa hubungan mereka sedang berantakan.

Ironinya, satu sumber yang turut berada di majlis itu pula menyifatkan kemesraan pasangan itu hanyalah pembohongan dan lakonan semata-mata demi untuk mengaburi mata khalayak akan keretakan hubungan mereka.

"Kemesraan mereka hanyalah pembohongan semata-mata. Mereka tidak boleh menang Oscar pun dengan lakonan sebegitu." kata media itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain