suria

Jon Bon Jovi Cedera Semasa Pementasan

PENYANYI Jon Bon Jovi cedera di kaki semasa membuat persembahan dalam satu konsert di New Jersey.

Bagaimanapun, dia meneruskan persembahan sehingga selesai.

"Jon Bon Jovi mengalami kecederaan apabila otot pada bahagian betisnya koyak," menurut seorang jurucakap penyanyi rock itu dalam satu kenyataan.

Tambah jurucakap itu, penyanyi tersebut memandang ringan terhadap kecederaan yang dialaminya dan sebaliknya, meneruskan acara dengan menyanyikan lagu hit, Living On a Prayer untuk menutup tirai persembahan.

Ahli-ahli band mengakhiri persembahan malam itu bersama-sama sambil berterima kasih kepada para penonton.

Mereka juga membantu Jon turun dari pentas.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain