suria

Konsert Gambus Percuma Hari Ini & Esok

ALAMI getaran irama muzik gambus yang indah dan unik menerusi petikan gambus yang memikat hati dalam Konsert Gambus ‘Tradisional Ke Fusion’ sempena Festival Muzik Kuala Lumpur di Taman Tasik Titiwangsa!

Berlangsung selama dua hari, konsert pada 3 & 4 Julai ini bermula pada pukul 5.00 petang sehingga 6.30 petang.

Semua gubahan muzik dalam konsert ini menampilkan susunan muzik segar yang digabungkan dengan elemen muzik gambus sesuai dengan konsep utamanya ‘Tradisional Ke Fusion.’

Barisan artis yang menyertainya Fauziah Gambus, Ana Raffali, Ito (Blues Gang), Azlan & The Typewriter, Zulkarnain, Istamuzika, Sashi, Kam dan Jerry Kamit.

Persembahan ini adalah percuma. Sila layari segera www.klfestival.org.my atau hubungi talian 03-20523600/3702 untuk maklumat lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain