suria

Mike Myers Sahkan Sekuel Keempat 'Austin Powers'

Mike Myers. - AP
Mike Myers. - AP
Mike Myers. - AP

BINTANG filem Austin Powers Mike Myers mengesahkan sekuel keempat filem parodi penyiasatan itu akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.

Menurut aktor yang turut bertindak sebagai penerbit itu, semua perancangan untuk menerbitkan sekuel filem itu berjalan dengan baik buat masa ini.

Myers, 46, menambah jadual yang padat dan bercanggah menjadi faktor utama penangguhan penerbitan sekuel keempat filem kontroversi itu sebelum ini.

"Saya sangat gembira dengan hasil ketiga-tiga filem sebelum ini tapi adalah sukar untuk mengumpulkan semua tenaga kerja produksi untuk penggambaran filem keempat ini ekoran jadual kerja masing-masing yang padat dan bertindih," kata Myers yang dipetik sebagai berkata kepada akhbar Daily Star.

Filem terakhir Austin Powers, Goldmember diterbitkan pada 2002.

Artikel Sebelum

Shila Menolak Cinta

Artikel Berikut

Artikel Lain