suria

Gwyneth Paltrow Belajar Main Gitar Daripada Suami

AKTRES Gwyneth Paltrow dikhabarkan sedang menjalani kelas bermain gitar daripada suaminya pemuzik Chris Martin sebagai persiapan untuk watak filem terbarunya.

Paltrow bakal memegang watak sebagai penyanyi country yang menghadapi masalah ketagihan alkohol dalam filem terbaru yang berjudul Love Don't Let Me Down.

Aktres itu mengakui rasa malu dan segan apabila terpaksa meminta pertolongan suaminya yang juga penyanyi utama kumpulan Coldplay itu untuk mengajarnya teknik bermain gitar dengan betul.

"Dia sangat membantu dan memberi dorongan sepenuhnya kepada saya. Pada awalnya, saya akui agak segan dan malu untuk bermain gitar di hadapan suami sendiri yang sememangnya dikenali di serata dunia menerusi kerjayanya dengan Coldplay.

"Sebagai rakan artis, dia sangat memberi sokongan kepada saya. Saya amat bertuah kerana memiliki suami yang penyayang dan istimewa seperti Chris," demikian menurut kenyataannya kepada laman web femalefirst.co.uk.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain