suria

Emma Thompson Bawa Babi Ke Tayangan Perdana Filem

Emma Thompson hadir ke majlis tayangan perdana filem terbarunya dengan seekor babi. - Foto AP
Emma Thompson hadir ke majlis tayangan perdana filem terbarunya dengan seekor babi. - Foto AP
Emma Thompson hadir ke majlis tayangan perdana filem terbarunya dengan seekor babi. - Foto AP

AKTRES Britain Emma Thompson mengejutkan banyak pihak apabila hadir ke tayangan perdana filem terbarunya Nanny McPhee And The Big Bang di London bersama seekor babi, baru-baru ini.

Thompson yang turut bertindak sebagai penulis skrip filem itu mengakui menghadapi kesukaran untuk mengawal tarikhnya.

Bagaimanapun, cabaran untuk mengawal aksi babi itu dalam filem lebih sukar daripada berlakon dalam filem-filemnya terdahulu, demikian menurut laporan di laman web thesun.co.uk.

Filem itu berkisar kepada seorang pengasuh yang mempunyai kuasa sihir datang membantu seorang ibu untuk menguruskan ladang dan anak-anaknya ketika ketiadaan suaminya yang berada di medan peperangan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain