suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beyonce Hamil Anak Pertama

PENYANYI Beyonce dikhabarkan sedang mengandung anak pertamanya. Dengan kehamilannya yang masih baru itu, Beyonce memutuskan untuk beristirahat sebentar dari kegiatannya.

"Dia hamil dan baik-baik saja. Sekarang ini tengah beristirahat," ujar sumber.

Menurut sumber tersebut, suami Beyonce, rapper Jay-Z, sangat bahagia dengan khabar kehamilan isterinya. "Dia bahagia sekali akhirnya mendapatkan anak dari Bey (nama manja bagi Beyonce-red," jelas sumber.

Penyanyi Crazy in Love itu hamil setelah hampir satu tahun bernikah dengan Jay-Z. Keduanya naik melangsungkan perkahwinan pada April 2008 dan kurang mendedahkan hubungan peribadi mereka.

Beyonce yang mengakui sebagai perempuan yang mempunyai cita-cita tinggi memang sangat mengutamakan kerjayanya. Namun bukan bererti dia tidak ingin memiliki anak.

"Saya ingin mempunyai anak banyak," jelas Beyonce.

Artikel Berikut

Artikel Lain