suria

Mariah Carey & Janet Jackson Bakal Berkolaborasi

PENYANYI Mariah Carey dan Janet Jackson siap untuk berkolaborasi. Namun, kerjasama Mariah dan Janet kali ini tidak dalam lagu tetapi dalam sebuah filem.

Dua penyanyi terkenal itu akan tampil bersama-sama di filem drama arahan Tyler Perry, 'For Colored Girls Who Have Considered Suicide When the Rainbow is Enuf'. Sekadar makluman, Tyler adalah jejaka yang ada di sebalik kejayaan beberapa filem, seperti 'Madea Goes to Jail', 'Meet the Browns' dan 'The Family That Preys'.

Walaupun popular sebagai penyanyi, kemampuan berlakon Mariah dan Janet tidak perlu diragukan. Adik kepada Michael Jackson itu juga tampil bersama aktor Eddie Murphy di Nutty Professor II: The Klumps'. Janet juga pernah bekerjasama dengan Tyler di 'Why Did I Get Married?' dan sambungannya, 'Why Did I Get Married Too?'.

Sementara itu, Mariah juga telah meraih kejayaan pada 'Precious: Based on the Novel PUSH by Sapphire'. Selain itu, dia juga mendapat penghargaan pada anugerah Screen Actors Guild.

Selain Mariah dan Janet, Tyler yang juga sutradara itu juga berharap ingin menyunting beberapa bintang Hollywood lain di filem itu. Di antaranya, Whoopi Goldberg, Phylicia Rashad, Jurnee Smollett, Kimberly Elise, Kerry Washington, Loretta Devine dan Macy Gray.

Pada asalnya, Tyler berniat untuk mengajak penyanyi Beyonce Knowles dan Halle Berry. Namun, rancangan tersebut gagal kerana terlalu sibuk. 'For Colored Girls Who Have Considered Suicide When the Rainbow is Enuf' itu dijadualkan akan memulakan penggambaran pada Jun ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain