Itu Fesyen 'Bohemian', Bukan Purdah - Rozita - Hiburan | mStar

Itu Fesyen 'Bohemian', Bukan Purdah - Rozita

 Pakaian 'Bohemian' yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.FOTO THE STAR -Oleh SAMUEL ONG
Pakaian 'Bohemian' yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.FOTO THE STAR -Oleh SAMUEL ONG

KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.

Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.

Kebanyakan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.

Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.

Rozita ketika dihubungi mStar Online untuk memperjelaskan isu ini berkata, fesyen pakaian yang digayakan pada malam tersebut adalah Bohemian bukan Purdah.

"Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.

"Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),

"Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini" ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.

Saat ditanya tentang pemilihan baju tersebut, Rozita berkata, sebelum itu adiknya ada memberi beberapa rekaan pakaian yang bertemakan Arabian namun dia memilih untuk mengenakan pakaian tersebut kerana ia unik dan lain dari yang lain.

"Saya pilih pakaian ini kerana nampak unik dan sesuai dengan tema pada malam tersebut dan saya tidak sangka pula perkara ini jadi kontroversi, pada malam itu (ASK) tiada pula rakan artis yang menegur tentang pakaian saya itu," ujar Rozita yang sibuk dengan pengambaran drama 26 episod terbitan RTM berjudul Cikgu Kamisah Kerby.

Namun begitu Rozita memberitahu dia akan lebih berhati-hati dalam mengayakan fesyen agar tidak menyentuh sensitiviti masyarakat di Malaysia.

"Ini merupakan satu pengajaran kepada saya, selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam berpakaian.

"Mungkin pada pandangan saya lain dan orang pula tafsirkan lain, namun saya terima semua kritikan dengan positif," ujar Ibu kepada dua cahaya mata ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Konsert Koir Muzikal Pop Pentas Bakat Muda

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain