suria

Kerana Pukul Rihanna, Album Terbaru Chris Ditolak Stor Muzik

PENYANYI R&B Chris Brown meluahkan rasa geramnya apabila beberapa stor muzik di Amerika Syarikat menolak untuk menjual album terbarunya.

Hal itu berlaku kesan daripada insiden dia memukul bekas kekasihnya, Rihanna pada Februari lalu. Sedangkan Chris telah menerima hukuman setimpal atas perbuatannya.

Kini, insiden itu telah mempengaruhi penjualan album terbarunya, Graffiti yang dilancarkan pada 8 Disember lalu. Beberapa stor yang besar di daerah tertentu enggan menjual albumnya.

"Saya bosan dengan semua ini. Stor-stor besar menahan CD saya dan tidak mahu menyimpan stok.

"Penjual-penjual itu juga berbohong kepada pelanggan yang mereka tidak menjual album terbaru saya. Jadi, apa yang harus saya lakukan," luah Chris dalam nada marah menerusi Twitternya.

Disebabkan itu, penyanyi lagu Kiss Kiss ini sedang memikirkan jalan untuk mengatasi masalah tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain