suria

Justin Larang Jessica Biel Tanya Soal Kahwin

Justin Timberlake dan Jessica Biel.
Justin Timberlake dan Jessica Biel.
Justin Timberlake dan Jessica Biel.

BINTANG pop Justin Timberlake telah memberi peringatan kepada kekasihnya, Jessica Biel, agar tidak membicarakan apa pun yang bersangkutan tentang perkahwinan.

Pasangan yang sudah menjalin asmara sejak dua tahun setengah ini selalu mengalami masalah sepanjang perhubungan mereka.

Sejak kebelakangan ini, mereka dikhabarkan menyambung kembali hubungan mereka dengan satu syarat. Syaratnya, Jessica mesti berhenti mendesak penyanyi SexyBack itu untuk melamarnya.

"Justin tidak berminat untuk berkahwin di saat ini," menurut satu sumber.

Timberlake, pernah putus hubungan satu ketika dulu apabila Jessica Biel asyik bertanyakan bila mereka akan berkahwin.

Sejak itu, hubungan mereka menjadi dingin. Kini, hubungan itu baru kembali pulih.

Ramai yang beranggapan Timberlake mengelak untuk berkahwin kerana menyaksikan begitu banyak rumah tangga yang hancur. Kedua orang tuanya, Lynn Harless dan Randall Timberlake, juga bercerai pada 1985.

Jessica telah berjanji kepada Timberlake bahawa ia akan sabar menunggu.

"Jessica sedar dia tidak boleh terlalu mendesak Timberlake dan harus sabar menunggu," kata sumber itu.

Artikel Lain