suria

Saif Ali Khan Kurang Sihat Pada Masa Salah

SAIFAli Khan kurang sihat dan masa beliau jatuh sakit memang tidak kena.

Pelakon itu perlu mempromosikan filem terbarunya berjudul ‘Kurbaan’ yang akan ditayangkan pada minggu depan.

Tetapi Saif yang mengalami keracunan makanan telah dinasihatkan oleh doktor untuk berehat secukupnya.

Buat masa sekarang, aktiviti untuk mempromosikan filem terbaru itu telah dibatalkan.

Saif yang sebelum ini banyak mengembara ke luar negara untuk mempromosikan filem terbarunya itu makan sesuatu yang salah.

Beliau dijangka sembuh pada akhir minggu ini dan akan menyambung kembali aktiviti promosinya.

Artikel Berikut

Artikel Lain