Kadangyan dari Filipina akan gegarkan Konsert Stompin Sabah 2009 - Hiburan | mStar

Kadangyan dari Filipina akan gegarkan Konsert Stompin Sabah 2009

Foto THE STAR oleh RICKY LAI
Foto THE STAR oleh RICKY LAI

NEGERI di bawah bayu, Sabah akan digegarkan oleh persembahan muzik daripada kumpulan muzik Filipina, Kadangyan, salah satu kumpulan yang akan membuat persembahan pada malam Konsert Stompin Sabah 2009 pada 31 Disember.

Kumpulan Kadangyan yang menceburi bidang muzik “ritma tribal” Filipina selama 10 tahun percaya budaya orang barat tidak boleh melebihi budaya dan seni muzik sendiri.

“Konsert Stompin Sabah ini satu-satunya konsert yang membawa pemuzik-pemuzik tradisional dari Asia Tenggara ke satu tempat.

“Ini bukan sahaja satu pendedahan yang baik kepada kumpulan saya tetapi membawa kami secara lebih dekat lagi dengan salahsilah keluarga saya.

“Saya percaya penduduk gugusan Kepulauan Borneo berasal daripada keturunan yang sama,” ujar Mitra, salah seorang daripada ahli kumpulan Kadangyan.

Beliau berkata demikian dalam satu temu bual selepas sidang akhbar bersama pihak penganjur iaitu Contagious Concepts, pihak penaja dan beberapa pihak yang terlibat dalam konsert Stompin Sabah 2009 semalam.

Kumpulan Kadangyan juga turut membuat persembahan selama 15 minit dalam majlis itu yang diadakan di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Konsert Stompin Sabah akan berlangsung di Jesselton Point, Kota Kinabalu dari 8 malam hingga 2 pagi.

Suria FM merupakan radio rasmi untuk konsert seumpamanya yang julung kali diadakan di Malaysia.

Menurut Mitra lagi, kumpulan Kadangyan akan membuat persembahan selama 45 minit dalam konsert itu dan kira-kira 10 buah lagu akan dipersembahkan.

Selain mereka, kumpulan-kumpulan luar negara iaitu White Percussion Unit (Malaysia) dan Rhythm Masala (Singapore) turut akan membuat persembahan.

Kemuncak konsert tersebut adalah “pertempuran dram” oleh kumpulan Projek Pistol yang terdiri daripada ahli muzik terkenal tanah air seperti Edrie Hashim, Lola, Zam dan Moq.

Juruhebah tempatan antaranya DJ Nas-T dan DJ Lil’ John akan turut membuat persembahan pada konsert itu.

Sebuah karnival juga akan berlangsung pada 30 dan 31 Disember yang dimana acara kemuncaknya adalah Konsert Stompin Sabah 2009.

Penonton akan dihiburkan dengan persembahan ilusi oleh anak Sabah Ezad, penari eksotik “Mascara”, persembahan api dan “Tribal Face Painters”.

Selain itu, satu peraduan dianjurkan oleh Suria Fm khas buat para pendengarnya. Pemenangnya bakal membawa pulang pakej istimewa berupa 2 tiket percuma untuk menyaksikan acara ‘Stompin Sabah 2009, tiket penerbangan pergi balik serta penginapan.

Peraduan secara online ini akan berlangsung selama 2 minggu bermula Isnin (2 November) yang mana pendengar hanya perlu merakam “bakat stompin” mereka dan penyertaan harus dihantar ke stompinsabah@suriafm.com.my.

Para pendengar Suria FM di Kota Kinabalu juga berpeluang untuk memenangi 2 tiket setiap seorang ke konsert ini menerusi segmen ‘Suria Pagi KK’ bersama DJ Othoe di frekuensi 105.9 fm.

Sebanyak 300 buah tiket konsert boleh dimenangi.

Sesiapa yang ingin menyaksikan konsert Stompin Sabah 2009 boleh membeli tiket yang harga RM 30 dan RM 130 (untuk VVIP) di pintu masuk Jesselton Point (21 Disember- 31 Disember, pukul 11 pagi hingga 8 malam).

Untuk tempahan tiket atau pertanyaan lanjut berhubung Stompin Sabah, sila hubungi 03-56363835.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain