suria

Nicole Kidman mengaku takut menyanyi

Nicole Kidman mengakui dia bukanlah seorang penyanyi semulajadi yang boleh membuat persembahan di hadapan khalayak. -Foto AP

AKTRES Nicole Kidman akui amat takut untuk menyanyi dan perlu dipujuk untuk berbuat demikian.

Kidman yang sebelum ini pernah menghasilkan lagu duet bersama aktor Ewan McGregor dan penyanyi Robbie Williams berkata, dia bukanlah seorang penyanyi semulajadi yang boleh membuat persembahan di hadapan khalayak.

Aktres itu juga perlu dipujuk untuk melakukan persembahan di depan orang ramai ketika menjalani penggambaran filem muzikal, Nine.

"Saya amat takut. Saya bukan penyanyi semulajadi dan saya tidak suka perlu berdepan orang ramai untuk menyanyi. Saya kena dipujuk untuk berbuat demikian.

"Saya inginkan suara saya dapat menyampaikan cerita, tetapi selalunya saya tidak mampu melakukannya.

"Apabila pengarah Nine, Rob Marshall datang pada saya, dia beritahu watak itu ditulis khusus untuk saya. Dia mahukan saya kelihatan seperti 'dewi' dan saya agak risau sebenarnya," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain