suria

Salma Hayek sambut Krismas dengan makan tiram

Aktres Salma Hayek menerima Anugerah Anthony Quinn for Industry Excellence semasa The 2009 ALMA Awards yang diadakan di Royce Hall pada 17 September 2009 di Los Angeles, California. -Foto AFP

AYAM Belanda adalah makanan tradisional dalam sambutan Krismas. Malah ia menjadi hidangan wajib untuk kebanyakan keluarga.

Bagaimanapun aktres dari Mexico, Salma Hayek tidak memilih hidangan itu untuk Krismas tahun ini.

Hayek ingin makan tiram menyambut detik-detik Krismas bersama suaminya, Francois-Henry Pinault yang berasal dari Perancis.

Menurut laporan media, Hayek yang juga aktres filem The "Cirque du Freak: The Vampire's Assistant" mendapati suaminya lebih menggemari tiram berbanding ayam Belanda.

"Agak janggal untuk makan tiram semasa Krismas. Saya tidak perasan ia mungkin terjadi kerana saya sudah terbiasa dengan ayam Belanda," kata Hayek.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain