suria

Claudia Schiffer tinggalkan pentas peragaan

Claudia tidak mahu lagi beraksi di pentas peragaan - foto AP
Claudia tidak mahu lagi beraksi di pentas peragaan - foto AP
Claudia tidak mahu lagi beraksi di pentas peragaan - foto AP

MODEL ternama Claudia Schiffer telah menamatkan kariernya di pentas peragaan setelah 22 tahun terbabit dalam bidang tersebut.

"Saya sudah tamatkan bidang tersebut. Saya tidak akan merinduinya. Saya masih melakukan aktiviti modeling dan masih gembira melakukannya, tetapi saya tidak akan melakukan pentas peragaan lagi," kata selebriti berusia 39 tahun ini.

Ibu kepada dua orang anak ini adalah antara model-model hebat di samping nama-nama seperti Kate Moss, Naomi Campbell, Linda Evangelista dan Christy Turlington.

Kata Claudia lagi, dia juga sedang melalui kehidupan yang 'pelik' ketika ini.

Suaminya yang merupakan produser filem Matthew Vaughnn, 38, kini berada di Afghanistan manakala dia pula sedang merancang untuk berkunjung ke Iraq.

Artikel Sebelum

Rina pintas kembar, Rini AF7

Artikel Berikut

Amber sedih diperdaya rakan

Artikel Lain