suria

Johnny Depp kembali berlakon 'Pirates of the Caribbean 4'

Johnny Depp akan kembali memegang watak 'Jack Sparrow' dalam sekuel ke-empat filem itu. foto-AP
Johnny Depp akan kembali memegang watak 'Jack Sparrow' dalam sekuel ke-empat filem itu. foto-AP
Johnny Depp akan kembali memegang watak 'Jack Sparrow' dalam sekuel ke-empat filem itu. foto-AP

BINTANG terkenal Hollywood, Johnny Depp, mendedahkan dia akan terus memegang watak sebagai kapten lanun, Jack Sparrow, dalam filem keempat 'Pirates of the Caribbean'.

Pelakon itu membuat pengumuman mengenai wataknya itu di Ekspo D23, Anaheim, California pada Jumaat lalu, lapor satu sumber.

Dia dijemput naik ke pentas di Anaheim Convention Center oleh pihak Disney untuk turut sama mengumumkan mengenai perancangan filem lanun keempat itu yang berjudul 'On Stranger Tides'.

Depp, yang berpakaian dan beraksi mirip wataknya sebagai kapten Jack Sparrow, memberitahu filem terbaru itu dijadualkan untuk ditayangkan pada musim panas 2011 nanti.

Artikel Sebelum

Artikel Lain