suria

MJ gemuruh dan sukar lakukan seks, kata kawan lamanya

Mark Lester bergambar dengan foto Raja Pop Michael Jackson di rumahnya di Cheltenham, England, pada 29 Jun, 2009. -foto AP

KAWAN lama Michael Jackson, Mark Lester mendedahkan Raja Pop pernah menceritakan kepadanya tentang "kesukarannya" berseks.

Lester membuat pendedahan itu semasa berbicara tentang keputusannya menderma sperma kepada Raja Pop itu.

Lester mendakwa dia mungkin merupakan bapa biologi kepada Paris - anak perempuan Michael Jackson yang berusia 11 tahun.

Menurut laporan media, Lester mendakwa mendiang meminta kawannya itu mendermakan sperma kerana dia "gemuruh" tentang seks dan mendapati ia "sukar" dilakukan.

Lester memberitahu satu rancangan televisyen, "Kami berbual menerusi telefon dan Michael berasa amat malu apabila menyentuh tentang wanita. Dia (Michael) berkongsi rahsia bahawa dia sukar melakukan seks.

"Dia tahu saya mempunyai tiga orang anak perempuan, jadi saya secara berjenaka berkata,"Michael, jika anda tidak ingin melakukannya, kenapa tidak saya lakukannya untuk anda." "

"(Saya tidak tahu) sama ada dia hanya ingin meningkatkan peluang menghasilkan zuriat melalui permanian beradas, tetapi dia berkata dia sangat, sangat gemuruh dan tidak bersedia melakukannya," ujar kawan lama mendiang Michael Jackson itu.

Artikel Lain