suria

Rakan kongsi Rio Ferdinand punya banyak keistimewaan

Francoise Boufhal dipilih menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rip Ferdinand dalam kalangan ratusan calon.
Francoise Boufhal dipilih menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rip Ferdinand dalam kalangan ratusan calon.
Francoise Boufhal dipilih menjadi rakan kongsi perniagaan dengan Rip Ferdinand dalam kalangan ratusan calon.

PEMAIN bola sepak Rio Ferdinand kini memiliki model wanita baru iaitu Francoise Boufhal.

Bagaimanapun, Francoise tidak akan menurut jejak langkah Wife-and-Girlfriends (WAGS) seperti Victoria Beckham (isteri David Beckham) dan Cheryl Cole (isteri Ashley Cole).

Sebaliknya, Francoise ialah rakan kongsi perniagaan pemain pertahanan kelab bola sepak Manchester United itu.

Untuk rekod, mereka bersama-sama mengusahakan penerbitan majalah '5 pounds'.

Model dari Newcastle yang mempunyai dada yang besar itu dipilih daripada ratusan calon oleh Ferdinand semasa ditemuramah.

Francoise, 20, yang mempunyai susuk badan yang menarik itu menegaskan dia boleh menawarkan lebih banyak 'keistimewaan' selain keseksiannya.

“Orang melihat saya dan percaya 'Oh kita mempunyai seorang yang berdada busung mencuba nasib', tetapi itu tidak betul sama sekali,” media memetiknya sebagai berkata.

Tambah Francoise: “Saya seorang wanita yang ada potongan dan mewakili ramai di luar yang bersusah payah berjaya dalam kerjaya modeling dengan tubuh badan yang 'luar biasa'."

Majalah 'The 5 Pounds' memfokus kepada muzik, fesyen, filem dan sukan. Ia dilancarkan pada April di laman web www.rioferdinand.com.

Artikel Lain