suria

Katherine Jackson dapat hak penjagaan tetap cucu-cucunya

Katherine Jackson telah diberi kebenaran sebagai penjaga tetap kepada anak-anak Michael Jackson. - foto AP
Katherine Jackson telah diberi kebenaran sebagai penjaga tetap kepada anak-anak Michael Jackson. - foto AP
Katherine Jackson telah diberi kebenaran sebagai penjaga tetap kepada anak-anak Michael Jackson. - foto AP

IBU Michael Jackson telah diberi kebenaran sebagai penjaga tetap ke atas tiga orang anak Micheal Jackson atas arahan yang telah dibuat oleh hakim mahkamah di Los Angeles.

Hakim Mahkamah Atasan, Mitchell Beckloff juga membenarkan Kathrine menerima elaun bulanan daripada hartanah Micheal yang dianggarkan lebih kurang 500 million dolar.

Jumlah tersebut adalah untuk diterima Katherine, bukan untuk didedahkan, tetapi perkara ini akan mula dijalankan mulai Jun dan selepas enam bulan berikutnya ia akan dikaji semula.

Anak-anak Michael Jackson juga akan menerima elaun bulanan di mana yang akan bermula selepas enam bulan berikutnya.

Bekas isteri Michael, Debbie Rowe dan merupakan ibu kepada dua orang anak sulung Michael, mendapat hak untuk melawat anak-anaknya di bawah perjanjian baru.

Debbie juga akan menerima bayarannya seperti biasa yang diterimanya selepas bercerai dengan Michael.

Katherine, 79, telah menjaga cucu-cucunya, Prince Michael, 12, Paris, 11 dan Prince Michael II, 7, selepas kematian Michael pada 25 Jun lalu.

MJ juga memang berhasrat untuk ibunya menjaga anak-anaknya seperti yang dinyatakan dalam wasiatnya pada tahun 2002.

Artikel Lain