suria

Peluang pengeluar filem tempatan tembusi pasaran antarabangsa

Ketua Pengarah Perbandanan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim selaku Pengerusi Jawatankuasa Perlaksanaan Festival Filem Malaysia ke-22 (FFM22) semasa sidang media berhubung pengajuran festival itu di sini, 31 Julai. Hadir sama Pengarah Urusetia FFM22 Mohd Zulkifli Ab. Wahab (kiri). FFM22 akan diadakan di Kota Kinabalu, Sabah pada 5 hingga 8 Ogos depan dengan kemuncak malam anugerah pada 8 Ogos di Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, yang akan disiarkan secara langsung di RTM1. -fotoBERNAMA

PARA pengeluar filem tempatan yang berminat menembusi pasaran antarabangsa berpeluang mengadakan kerjasama dengan pengeluar filem antarabangsa yang berpangkalan di Hong Kong semasa satu simposium sempena Festival Filem Malaysia Ke-22 minggu depan di Sabah.

Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Mohd Mahyidin Mustakim berkata Pengurus Besar Irresistible Films Lorna Tee akan hadir di simposium itu dan mengadakan pertemuan dengan pengeluar filem tempatan.

"Lorna akan menjelaskan apa sepatutnya dibuat bagi membolehkan sesebuah filem itu boleh dijual di pasaran antarabangsa," katanya selepas memberi taklimat kepada rombongan delegasi yang akan ke festival empat hari itu bermula 5 Ogos.

Beliau berkata Lorna pernah menjadi Pengurus Pemasaran dan Pengedaran filem antarabangsa di Hong Kong dan kini datang untuk berjumpa dengan pengeluar filem kita untuk bekerjasama menghasilkan filem yang mengikut kehendak pasaran antarabangsa.

Mahyidin berkata kerajaan negeri Sabah juga berminat untuk bekerjasama dengan pengeluar filem tempatan dan bersedia memberi kemudahan kepada pengeluar filem yang ingin membuat penggambaran di negeri itu.

Artikel Lain