suria

'Power Rangers' kaki mabuk ditahan ketika memandu

SEORANG lelaki yang pernah memainkan watak 'Black Ranger' dalam rancangan TV "The Mighty Morphin Power Rangers" satu ketika dulu, telah ditahan di bawah pengaruh alkohol di Bama dalam minggu ini.

Memegang watak sebagai Zack Taylor, seorang lelaki yang berpakaian hitam dan sentiasa bertarung dengan kuasa-kuasa jahat demi menjaga keamanan bumi.

Melalui maklumat yang diterima, nama sebenar pelakon tersebut adalah Walter Jones, telah ditangkap pada pagi Ahad oleh pasukan peronda Alabama di Huntsville dan telah dimasukkan ke lokap.

Sumber dari pihak penguatkuasaan undang-undang memberitahu Jones ditangkap tanpa sebarang kejadian yang timbul.

Jones akhirnya telah di ikat jamin dan telah dibebaskan.

Artikel Lain