suria

Kumpulan muzik indie perlu adakan lebih banyak persembahan pentas - Amy Search

Amy Search
Amy Search
Amy Search

Katanya persembahan pentas yang lebih kerap merupakan usaha baik bagi kumpulan muzik itu untuk membantu meningkatkan mutu persembahan mereka.

"Selain dari membantu mereka menghilangkan rasa gemuruh di atas pentas, persembahan pentas akan membantu memperkenal kumpulan mereka kepada pencinta muzik.

"Lebih ramai orang melihat mereka dan menggemari muzik mereka dan ini baik bagi meningkatkan jualan album," katanya yang berpengalaman lebih tiga dekad dalam persembahan di pentas.

Amy atau nama sebenar Suhaimi Abd Rahman berkata kesan daripada persembahan pentas adalah lebih hebat daripada lagu mereka berkumandang di corong radio, kerana kumpulan pancaragam itu dapat berinteraksi dengan para peminat mereka.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan persembahan dengan sebuah kumpulan muzik 'Projek Pistol' pada 'Konsert Radio Rosak', sebuah pertunjukan konsert amal bagi Tabung Gaza di Pasir Gudang, malam tadi.

Konsert itu juga menyaksikan persembahan beberapa kumpulan rock tempatan. Sejumlah RM15,000 dapat dikutip bagi tabung itu hasil jualan tiket dan sumbangan pihak swasta. BERNAMA

Artikel Lain