suria

Kodak cari budak yang beri bunga ros kuning kepada Megan Fox

Pelakon Megan Fox, bintang di dalam filem "Transformers: Revenge of the Fallen", bergambar ketika di tayangan perdana filem tersebut di Los Angeles, California pada 22 Jun, 2009. - foto REUTERS
Pelakon Megan Fox, bintang di dalam filem
Pelakon Megan Fox, bintang di dalam filem "Transformers: Revenge of the Fallen", bergambar ketika di tayangan perdana filem tersebut di Los Angeles, California pada 22 Jun, 2009. - foto REUTERS

KODAK sedang mencari seorang budak lelaki warga British yang cuba memberi sekuntum bunga ros kuning kepada Megan Fox minggu lepas.

Pelakon itu yang ketika itu dalam keadaan tergesa-gesa tidak sempat melayan budak lelaki tersebut yang sedang memegang bunga tersebut ketika di tayangan perdana "Transformers: Revenge of the Fallen" di London.

Bintang filem berumur 23 tahun itu telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf atas insiden itu, mengatakan dia tidak sengaja kerana tidak perasan akan kehadiran budak lelaki itu, lapor satu sumber.

Kodak kini sedang berusaha untuk mencari budak lelaki tersebut agar dapat didedahkan identitinya dan mengatur semula hari untuk memberi bunga ros itu kepada Megan.

Syarikat itu juga turut menawarkan 5,000 dolar kepada orang yang pertama dapat mengesan serta mengenal pasti budak lelaki itu.

Artikel Lain