suria

Kereta Jackson terlibat dalam kes langgar lari

Tarian dan nyanyian Michael Jackson sama-sama hebat.
Tarian dan nyanyian Michael Jackson sama-sama hebat.
Tarian dan nyanyian Michael Jackson sama-sama hebat.

KERETA bintang pop, Michael Jackson terlibat dalam satu kes langgar lari setelah pemandunya didakwa merempuh sebuah ambulans.

Ketika itu, pemandu terbabit difahamkan sedang membawa kenderaan itu ke Pusat Perubatan Cedars Sinai di Los Angeles untuk membawa penyanyi tersohor tersebut.

Difahamkan, drebar itu didakwa cuba memintas ambulans itu tetapi gagal sehingga memecahkan cermin sisi kenderaan tersebut.

Kemalangan itu dilaporkan kepada pihak polis di Jabatan Polis Beverly Hills yang telah mengesahkan menerima laporan langgar dan lari.

Polis memberitahu, ia membabitkan "sebuah SUV berwarna gelap" yang dikejar sekumpulan paparazzi ketika berlakunya perlanggaran itu.

Bagaimanapun, polis masih tidak dapat mengesahkan Jackson terlibat dalam kemalangan itu kerana "suspek masih belum dapat dikenal pasti sekarang."

Tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan dan polis masih menjalankan siasatan.

Sebab lawatan Jackson ke hospital masih belum diketahui. Desas-desus menyatakan penyanyi antarabangsa yang memakai topeng pembedahan semasa berkunjung ke hospital menghadapi masalah kesihatan selama beberapa bulan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain