suria

Justin Timberlake daki Gunung Kilimanjaro

Justin Timberlake ingin meningkatkan kesedaran orang ramai tentang krisis air global menerusi pendakian Gunung Kilimanjaro.

SEBAGAI seorang bintang handalan, Justin Timberlake sudah biasa mendaki sehingga ke puncak carta muzik. Kini, dia bersedia mendaki Gunung Kilimanjaro pula.

Dia akan cuba menawan gunung tersebut di Tanzania, Afrika bersama-sama dengan penyanyi rap Lupe Fiasco dan penyanyi Kenna.

Objektifnya? Timberlake ingin meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai krisis air global.

"Saya telah berlatih empat kali seminggu untuk meningkatkan tahap VO2 (penggunaan oksigen) agar peparu dapat dikembangkan," kata Justin.

"Kami akan mendaki tanpa henti selama seminggu dengan membawa barangan keperluan seberat 30 paun di belakang. Ia sememangnya sukar tetapi berbaloi," ujarnya.

Timberlake yakin mereka bersedia menghadapi cabaran tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain