suria

Kini bergelar 'Dr A.R Rahman'

Kehebatan komposer terkenal India A.R Rahman diakui dunia.
Kehebatan komposer terkenal India A.R Rahman diakui dunia.
Kehebatan komposer terkenal India A.R Rahman diakui dunia.

KEJAYAAN luar biasa A.R Rahman setelah menggondol satu demi stau bagi filem 'Slumdog Millioanire' kini mendorong pihak Universiti pula memberi pengiktirafan baru untuknya.

Komposer India yang juga mendapat jolokan 'The Mozart of Madras' akan diberi gelaran 'Dr' oleh Universiti Anna, Chennai di atas pencapaian luar biasanya dalam bidang muzik dan telah mengharumkan negaranya di peringkat dunia.

Gelaran doktorat itu akan diberikan dalam bidang Sains Media.

Menurut Vice Chanselor Universiti P Mannar Jawahar, selain Rahman, pengiktirafan itu juga akan diberikan kepada angkasawan Mayilsamy Annadurai dan Menteri Pengurusan M K Stalin dalam sebuah majlis konvokesyen yang akan dijadualkan berlangsung pada akhir bulan ini.

Rahman juga telah diraikan dan diberi penghormatan di sebuah majlis anjuran Cine Musicians Union (CMU) di Chennai baru-baru ini.

Namun segala kejayaan yang dinikmatinya tidka pernha mengubah sifat rendah diri Rahman.

Beliau menyeru peminat-peminatnya agar tidak membandingkan muziknya dengan mana-mana komposer kerana katanya, anugerah yang diterimanya adalah untuk peminat muzik India dan dia mahu berkongsinya bersama.

"Ada komposer-komposer lain seperti Naushad, Ilayaraja, M.S Viswanathan, Madan Mohan dan ramai lagi yang tidak mendapat anugerah ini sedangkan mereka adalah komposer hebat.

"Mereka disayangi ramai orang dan itu lebih dari mendapat anugerah," kata Rahman.

Artikel Lain